Tuesday 24 May 2011

BLOGGER BUAT HAL LAGI

Pasal apa pulak ni?  Aku nak kena sign berapa kali?  Haru betul!

Nak tinggal komen pun susah.  Bila press google account, keluar ID sebagai anonymous.  Lepas tu suruh taip word verifacation .. dah taip ulang arahan sama!  Habis kena buat berapa kali?

Aduhhhhhhh, giler betul!

Thursday 12 May 2011

TERUJA DENGAN KEKAYAAN

Dah lama aku dengar cerita pasal kes tuntutan cerai kakak penyanyi Sheila Majid dengan anak Ketua Menteri (KM) Sarawak tu.  Semalam akhirnya cerai mereka disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Sebenarnya aku ni macam orang lain.  Kita memang sentiasa berangan nak jadi kaya raya.  Jadi kita tentu teruja dengan kekayaan orang.

Apa yang benar-benar menarik perhatian dalam kes mereka ialah pasal jumlah tuntutan wang hak milik bersama dan saraan hidup.  Jumlah yang merupakan 50% dari jumlah asset tu sampai RM 400 juta.

Seorang anak  KM boleh ada asset sekurang-kurangnya RM 800 juta di usia yang agak muda.  Kaya betul KM Sarawak ya?

Wednesday 4 May 2011

ROJAK MAMAK

Hari cuti Isnin semalam Noris belajar buat rojak Mamak dengan kakak.   Inilah rupanya.


Rasanya boleh tahan juga.  Noris namakan Rojak Mamak Melayu sebab asalnya makanan Mamak tapi dibuat sendiri.  Hehe!