Saturday 11 June 2011

PATUT LA MACAM TU!

Sudah berhari-hari hebuh pasal kenyataan Dr Rohaya dari Kelab Isteri-isteri Taat tu.  Manakan tidak?  Adakan isteri disuruh samakan diri macam pelacur kelas atasan!

Semalam keluar pula kenyataan bahawa kelab ini ada hubungan dengan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.  Syarikat ini diketahui umum sebagai syarikat Al Arqam.

Masih belum ada kenyataan yang lebih khusus dan resmi.  Cuma Timbalan Menteri, Dr Mashitah Ibrahim memberitahu hal ini, dan minta supaya siasatan dilakukan.

Sekarang semakin jelas kenapa kenyataan itu keluar dari seorang isteri ketiga kepada suaminya.  Banyak lelaki Al Arqam mengamalkan poligami secara berleluasa.  Kalau tiga empat orang isteri kena rebut perhatian suami ada la logiknya kenapa keluar kenyataan yang memalukan itu!