Monday, 3 October 2011

SCHA NAIK HARGA

Astro nampaknya sudah teruja dengan si Scha Al Yahya.  Program demi program yang menampilkan dia sebagai pemegang peranan utamanya!

Tak tahu ler kenapa?  Adakah kerana dia lebih bagus atau kerana dia pencetus kontroversi dengan si Fahrin Ahmad dan Linda Onn dulu?

Entahlah!  Tetapi yang jelas, naik harga si Minah ni! 

Sunday, 18 September 2011

HABIS BERAYA

Aduh!  Dah letih beraya.  Mungkin kerana cutinya panjang, ramai orang beraya sakan.  Sampai hari ni pun masih ada rumah terbuka lagi.

Hari ni dah hari penghabisan kami sekeluarga beraya.  Cukup-cukuplah untuk tahun ini.

Tuesday, 30 August 2011

HARI RAYA

Selamat
Hari Raya
Aidilfitri
1432H/2011M
MAAF ZAHIR & BATIN.

Wednesday, 17 August 2011

CUTI NUZUL AL QURAN

Hari ini Selangor cuti Nuzul Al Quran.  Asasnya ialah sebagai memperingatkan hari pertama kalinya turun ayat suci Al Quran kepada Nabi Muhammad saw.

Tapi anehnya, ramai orang-orang Selangor mengambil kesempatan cuti ini untuk pergi shopping sakan di Kuala Lumpur.  Saban tahun memang begitu.

Ternyata hari ini pun begitu.  Aku mendapat pengesahan dari kawan-kawan yang ikut turut pergi menyibuk juga.

Jenuh jam di merata tempat shopping di KL sana.  Lebih-lebih lagi disekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sunday, 31 July 2011

SELAMAT BERPUASA

Kini bulan Ramadhan yang mulia sudah tiba.  Umat Islam diwajipkan berpuasa.  Disamping itu kita dijanjikan nikmat ganjaran yang terbaik untuk kebahagiaan abadi di Sana.
Marilah kita memanjat doa semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik.  Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.
SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MEMAKSIMAKAN IBADAH

Monday, 11 July 2011

CARI KESESUAIAN

Sedar tak sedar dah masuk bulan Julai.  Lama juga rupanya blog ni terabai.

Untuk menaikkan semangat semula, hari ini tukar pula kombinasi warna.  Setelah cuba-cuba mencari kombinasi warna yang sesuai, rasa masih tak puas hati.

Sekejap rasa macam dah ok, lepas tu rasa macam masih belum kena juga.  Agaknya rambang mata pula.  Jadi biarlah dulu dengan kombinasi ini.  :)