Saturday 11 June 2011

PATUT LA MACAM TU!

Sudah berhari-hari hebuh pasal kenyataan Dr Rohaya dari Kelab Isteri-isteri Taat tu.  Manakan tidak?  Adakan isteri disuruh samakan diri macam pelacur kelas atasan!

Semalam keluar pula kenyataan bahawa kelab ini ada hubungan dengan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.  Syarikat ini diketahui umum sebagai syarikat Al Arqam.

Masih belum ada kenyataan yang lebih khusus dan resmi.  Cuma Timbalan Menteri, Dr Mashitah Ibrahim memberitahu hal ini, dan minta supaya siasatan dilakukan.

Sekarang semakin jelas kenapa kenyataan itu keluar dari seorang isteri ketiga kepada suaminya.  Banyak lelaki Al Arqam mengamalkan poligami secara berleluasa.  Kalau tiga empat orang isteri kena rebut perhatian suami ada la logiknya kenapa keluar kenyataan yang memalukan itu!

6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aslmkm.
Dari awal kita diberitahu Kelab itu dilancarkan oleh syarikat itu.
Ramai juga sudah tahu tentang pertalian syarikat itu dengan Al Arqam.
Orang2 dari pergerakan Al Arqam yang diharamkan itu masih bergerak aktif. Kak G sendiri & famili pernah didatangi mereka2 itu.
Tapi, kita boleh menolak secara baik.

SHAH said...

Salam Noris.
Sekarang nampak la belang dengan lebih jelas!

HANI said...

Salam Noris.
Serammmm!

MIZA said...

Salam Noris.
Tu la! Keldai!
Ish! 10x
Hehaha.

FARA said...

Salam Noris.
Kenapa senyap jer?